DEMO anti DEMO apa ke hey?

Salam Satu Malaysia.. terlebih dulu anda di sarankan untuk menonton video ini setelah habis lagu latar.. ehehehe.. sowee la yee.. dah tak de butang pause jadi enjoy the song dulu la baru tengok wayang ni heh.. 



BANGKANG DARI LONGKANG.. satu lagi produksi dari visionwork dengan karekter yang sengal sengal belaka. Parody ini banyak mengetengahkan demostrasi haram yang berlaku dalam malaysia. dan secara positifnya aku saja bawa topik ini kat blog aku. agak kelakar dan menghiburkan. tapi bagi yang kurang bersetuju atau tersindir..(maklumla bulan lepas buat demo BERSIH 3.0) dan banyak la scandal dan tafsiran negatif di utarakan... jadi bukan semua viewer akan suka dengan apa yang Afdin Shauki buat.. walau bagaimana pun. mereka ini sangat kreatif dan cukup berinovasi sampai mengunakan peluang untuk DEMO dan sekiranya beruntung boleh la.. tangkap glamour dalam kamera.. orang sabah bilang NI KALI LA hahahahhaa..
THUMB UP berkali - kali untuk Visionwork.  untuk kisah bangkang dari longkang komedi gelap ini anda boleh la cari kat youtube, buat masa ini aku cuma dapat tinguk 3 video sahaja.. termasukla.. kisah Bila Pilihan Raya dan Esok nak Demo nih.. hishhh kelakar habis dla diorang ni.. ketawa sendiri2 aku di buatnya.







SURAT CINTA BUAT DATIN SERI ROSMAH MANSOR

berikut di bawah ini merupakan Surat yang di tulis oleh seorang pelajar yang mempunyai hasrat yang tinggi untuk menyampaikan isi hati nya kepada Datin Seri Rosmah Mansur, petikan ini di ambil dari  notakosong.blogspot.com sebagai tatapan dan renungan bersama..  semoga menjadi contoh dan tauladan kepada kita semua. kalau benar surat ni dah sampai kat DSRM , semoga DSRM bersyukur dan menginsafi perbuatan nya itu  kalau tak sampai juga .. harap - harap sampai jugala..gambar kat bawah ni di peroleh dari 9Gag.com yang turut memperli isteri ketua menteri kita... nampak sangat tak da respect .. walaupun begitu sedih jugahati terasa.. ibarat tercubit paha kiri terasa juga paha kanan ..huhuhu:'(  -- Lisa frigile


Assalamualaikum Datin Seri.


Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini. Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.
Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.
Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!
Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!
Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.
KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT
Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.
Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.
Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!
Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?
Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!
Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?
Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.
Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!
Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.
Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.
Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.
Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.
Datin Seri yang saya hormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!
Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!
Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!
Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali
API NERAKA!
Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!
RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA
Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.
Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!
Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!
Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!
Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!
Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”
Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?
Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!
Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!
Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.
KUASADatin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.
Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?
Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.
Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!
Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.
Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak!


Nasib Orang SABAH

Ni kali la... aku nda peduli la oarng bilang aku apa.. aku m emang menyokong tegar suara 1 sabah.. aku memang anti PATI (tapi aku bukan penyokong Ambiga.. walaupun aku sokong BERSIH sebab aku Nak POLITIK yang bersih), aku mengaku.. tapi satu ja tujuan aku aku mahu keadilan dan hak orang sabah di tegakan, merujuk kepada akhbar harian express bertarikh 06.05.2012. siapa pun saya tanya... di mana kekuatan orang kita suatu masa dahulu? kita semakin kecewa dan kecundang oleh kroni2 yang asyik menjaga kepentingan sendiri.. lagi lagi la.. sekarang barang naik.. minyak naik.. Apa nasib kita? sabah sepertinya di cabul hak2 nya untuk berjuang di tanah sendiri.. lagi la merisaukan. sekarang kerajaan pusat mengalami hutang ke dua terbanyak di asia. akibat yang kita terima ? rakyat yang menanggung? tapi MEREKA suka hati guna duit rakyat untuk kepentingan politik dan nama. adakah anda juga merasa puas dengan kenaikan gaji yang RM800.00 itu... ? MEREKA hanya mengeluarkan kata - kata... "kalau bayar lebih nanti banyak tauke gulung tikar" bagaimana nasib kami orang sabah? dengan rate gaji yang begitu rendah? kenapa? mana sudah hasil bumi sabah? sawit? dan minyak asli? apatah lagi kayu balak? pergi mana semua hasil2 itu? kenapa Gaji kita rendah dan barang - barang di sabah lebih mahal dari peninsular sana? nampak sangat kita di perbodohkan.. apakah dengan BR1M sudah cukup kasi MANANG mereka? dahulunya Sabah itu satu NEGARA? sampai title pun turun jadi NEGERI. mana sudah nasib kita tercalar? penipuan politik dan duit KWSP kita kena main... kenapa Rekrut anti PATI atau RCI tidak di  persetujui? hanya kerana projek IC dan semua itu supaya mahu mereka kekal makan duit rakyat? mana adilnya... KITA BAYAR CUKAI>.. mereka tumpang buang taik dan buang sampah... tak cukup menghirup udara yang sama. mereka mahu tanah kita juga. tapi MEREKA yang di ATAS itu masih mo buat Dunno... Lihat la Sarawak.. tanpa MEREKA. Sarawak maju.. walaupun turun juga title macam kita. MEREKA yang di ATAS itu ibarat Virus.. apa yang KETUA kepala DI ATAS MEREKA cuma tahu . "meminta maaf di atas kesalahan mereka yang lalu" Kecewa la kita... Labuan pun turut tergadai.. gara - gara Helah MEREKA di ATAS juga Kroni2 nya. ini la yang menjadi Pelik.. Kenapa mereka yang pernah menjadi yang di ATAS.. tidak menyokong perjuangan mereka setelah Lama Minum Darah rakyat.. lagi lagilah Rakyat Sabah. Kali ini la.. walaupun aku lahir di sarawak.. tapi bapa aku orang sabah.. mom aku orang sarawak.. tapi aku.. tetap tak mahu terus2 di kotak katik.. sudah la Gaji rendah.. apa mereka tidak kaji ka? berapa ramai Rakyat sabah menderita, Kalau kita lihat.. Orang kita Ikat perut.. .. Percaya la.. selagi mereka masih begitu.. sampai bila- bila la mereka begitu. Ibarat dah biasa makan maggi .. sampai bila bila tetap maggi di hati.. (kalau maggi Kari lagi sedap sebab dah Lidah orang kita ye tak?) salam Peace untuk semua.. Lisa sayang orang KIta! aku mahu gagasan 1 Malaysia itu biar la realitinya 1 Malaysia.. bukan sekadar di nyanyikan.. dan di laungkan.. tapi Kami Mahu perubahan dan masa depan yang gemilang untuk Negeri Sabah. kenapa saya juga turut bersuara.. dan menjerit dalam Blog ni.. sebab Saya Cintakan Negeri Sabah.

Gambar - gambar untuk tatapan Anda

# bagi yang mahu menonton Video untuk Seaventures Rig Resort .. sila la KLIK Link di bawah ini.

Terima kasih 


Ini lah Resort yang saya katakan itu.. Unique kan :D



Ni pula pemandangan Reef di Pulau mabul

Bila anda snorkelling nanti.. ini la yang anda akan tengok dan banyak lagi

suasana senja di Sun Deck

ikan jenis ini banyak di bawah Rig.. anda boleh snorkelling di sini juga!


Night view from the Top of Seaventures main deck..

Ini lah yang kami panggil Unlimited House Reef Dive. .. Snorkelling pun Boleh !

View petang.. berdepan dengan Pulau mabul

Free WIFI :D 

nak Sun Bath pun Okay :D

Kabin bilik anda untuk relexs selepas sehari beriadah

View From Mabul island..  nak main air tak?


Diver on Boat

Deep Down View Under the RIG


BUDGET BERCUTI PALING BEST 2012


Hello Kengkawan Semua.. asallamualaikum dan salam 1 malaysia .

Mula – Mula sekali terima kasih untuk ambil tahu tentang PERCUTIAN YANG HEBAT INI

Hari ini saya nak story berkenaan dengan percutian…biasa kalau bercuti tu kan… berapa budget yang anda keluarkan? RM1000? RM2000? RM3000? Termasuk la pengangkutan, penginapan dan aktiviti.. juga makanan yang pastinya sebahagian dari keperluan semasa bercuti? Tak lupa juga dengan cenderahati? Ha… apakah anda Fikir dengan RM1000 sudah cukup?  RM2000 juga memadai? Tak kan nak cuti semalam je?  Harga bilik hotel bukan RM15 ye tak tak lari paling ciput pun sekarang ni RM80 semalam (tengok hotel la).. sebab di sini kita CERITA TENTANG PERCUTIAN YANG SERBA LENGKAP dan MENJADI KENANGAN YANG ANDA TAK AKAN LUPAKAN.

So sekarang ini saya perkenalkan UNIQUELY SEAVENTURE!
Why saya kata Unique..  sebab semuanya serba Unik dan menjimatkan.  Dan sangat berbaloi untuk di jadikan pengalam hebat anda bersama kami. Dan satu perkara yang anda perlu tahu RIG DIVE RESORT (SEAVENTURES) merupakan satu – satunya resort yang Float kira – kira 18 meter dari permukaan laut.

Pernahkah anda mengimpikan percutian di Pulau peranginan? Semua orang pasti nak ke PULAU.. lagi2 la kalau pulau itu satu pusat perlancongan, bukan semua orang senang – senang datang ke Pulau. Semua nya costing. Anda tak perlu risau dengan Cuaca kerana di sini sangat warm dan berangin anda pasti suka!

Untuk perincian yang selanjutnya, dari sini saya akan buat pintasan yang kami keluarkan untuk anda serta menilai betapa berbaloinya wang yang anda laburkan untuk bercuti dengan SEAVENTURES.
 >>>>>>> sila baca maklumat anggaran di Bawah (terima kasih :))

# jadi ini bukan lah alasan atau faktor MAHAL. Semua yang kami lakukan adalah untuk mengalakan pelancong dalam Negara terutama lagi rakyat Malaysia. Jadi tiada istilah mahal lagi ..RM1212.00 adalah yang paling MURAH untuk anda menikmati tawaran di atas.

# Semoga Jumpa di sana Nanti :D

Salam sayang buat sahabat Facebook semua ,   

Lisa Frigile
Tour Coordinator & Operation
Seaventures Tour & Travel Sdn Bhd

**** PERINCIAN PERCUTIAN ANDA


RM1212.00
KETERANGAN
Duration / Kapasiti (3 Hari 2 malam)
Cost
Boat
Perjalanan ke Resort mengambil masa 1 jam dan mengunakan 400 power horse boat laju jenis Fiberglass.
Setiap perjalanan sehala memerlukan lebih kurang 5 gallon minyak Petrol  (belum termasuk check out time) jadi anda perlu buat 2 kali perjalanan untuk arrival dan departure time.
1 gallon minyak memerlukan RM47.50. sehari perjalanan adalah (RM475.00)
Makanan
Makanan di sediakan dalam bentuk Buffet atau Eat All U Can.
Semua masakan di masak oleh chief 5 bintang kami. Menu sentiasa berubah – ubah dan menepati selera anda ( Western food/Chinese food/asian food dan Japanise food)
Makanan di hidang sebanyak 3 kali sehari, tidak termasuk HighTea break (dengan bread segar) ini bermakna ada 4 kali sesi makan, iaitu pagi tengahari petang dan malam. Waktu ini anda pasti tidak sabar .
Lebih kurang untuk costing makan +-RM150.00 sehari untuk seorang.
Penginapan
Bilik yang di sediakan berbentuk Kabin, di mana minima untuk setiap bilik adalah 2 orang, terdapat 4 deck bilik yang pasti memuaskan hati anda.
Anda akan mengalami pengalaman baru bersama kami, dengan struktur kabin, anda akan merasakan seperti anda berada di atas kapal. Lengkap dengan penghawa dingin dan air panas untuk mandi. Juga air minuman
Menginap untuk semalam +- RM100 (hello this is very affection price)
Aktiviti
Untuk pakej ini (RM1212.00) kita akan membuat aktiviti snorkelling untuk 2 pulau iaitu Pulau Mabul dan kapalai. Dengan mengunakan pengangkutan boat Fiberglass 300 power horse.jarak perjalanan lebih kurang 15 minit .
Pastinya aktiviti yang wet dan menyeronokan, dengan panorama ikan – ikan dan coral yang berwarna warni juga air laut yang jernih memukau. Anda pasti sedia dengan pita perakam dan kamera bersama anda.
Sehari akan buat 3 kali akiviti untuk Full Day stay. Except Arrival dan Departure day. In total 7 kali  (1 kali  +- RM30.00) termasuk kos Fuel
Island trip
Setiap petang setiap hari  lebih kurang 5.00 petang sehingga 6.30 petang untuk berjalan di sekitar pulau mabul. dengan ini anda boleh menjenguk resort peranginan yang lain dan bermandi manda di pantai atau melihat perkampungan orang asli yang penuh dengan kebudayaan asli.
anda berpeluang membeli cenderahati yang tak mungkin anda boleh jumpa di mana – mana. Kedai cenderahati cukup banyak di sini , hasil tangan yang halus dan unique dari rantai, gelang , anting – anting dan perhiasan rumah turut di jual di pulau mabul . Dengan harga serendah RM2.00 sehinggalah RM100 ringgit. Anda pasti teruja, masyarakatnya yang mesra dan rumah – rumah kampong yang tiada di tempat lain. Sekali lagi.. kamera anda jangan Lupa di bawa sekali.
Siapa saja pasti suka!











Live Band
Kami ada LIVE BAND. Yang sangat terkenal di area ini iaitu (Sea Gypsy Band) peneraju band ini adalah staff seaventures sendiri. 
Mereka ini sangat berbakat. Semua pelancong serata dunia memuji akan persembahan mereka. (every time performance) ini satu kelebihan yang anda perlu tahu. Sambil menikmagti makan malam. Anda akan di hiburkan dengan live band kami. Pasti Riuh dan meriah ! (anda juga boleh menyanyi kalau anda mahu)
Ada juga malam Akustik. Yang ini tidak kurang hebat J   semoga anda ada pada setiap malam Jumaat!
Lain kemudahan
Free WIFI untuk seluruh deck dan main deck.  Free computer to use, ada HD ASTRO BEYOND lagi.. bukan itu sahaja, kami ada MILO, NESCAFE, SUSU mahupun panas dan sejuk dengan PERCUMA. Sirap Ros dan Oren sentiasa tersedia 24 jam
Siapa sangka di tengah lautan tiada semua itu nahhh.. sekarang anda boleh menikmati semua itu dengan PERCUMA, dengan itu anda tidak akan rasa terkurung dan bebas mendownload apa saja tentang percutian anda.


Siapa tak suka PERCUMA?




SUN DECK
28 meter dari permukaan laut , anda boleh menikmati pemandangan Laut, pulau dan Bukit dari sini. Pemandangan yang sangat cantik adalah sekitar jam 05.00 hingga jam 0630 petang .
Sun Deck di buka setiap masa.. nikmati pemandangan indah sambil minum petang adalah cadangan yang paling baik.. bagi yang suka Sun Bath.. di sini adalah ruang yang sempurna untuk anda. 

Van transfer
Kami menyediakan kemudahan pengangkutan bas perlancongan dengan mengunakan van jenis TOYOTA HIACE WINDOW VAN 2.5 (D)
Pengangkutan yang selesa menjadi keutamaan kami. perjalan yang memakan masa 1 jam dari lapangan terbang tawau ke semporna. Untuk menikmati perkhidmatan ini, anda sekurang kurangnya mestilah 2 orang untuk setiap penghantaran.
Private transfer untuk seorang adalah 75.00 (schedule transfer time.)Pick up available untuk earlier flight.  Sahaja.
Pengangkutan PERCUMA UNTUK 2 orang dank e atas :D