Walawehhh 14.06.2012 Kusss Semangat
Wassup everyone, hari ini hari khamis hari kedua terakhir aku akan meninggalkan Opis ku yang tersinta ini hohoho.. <macam - macam> sebab aku akan menemui suamiku yang tercinta. dah agak lama aku tidak kembali ke hometown aku. sibuk dengan urusan family dan kerja yang tak mungkin berakhir.. anyway i am enjoy with what im doing.. ok lah bebeh.. aku nak story pasal 2 bulan lagi menjelang Ramadhan yang mulia. Korang semua dah abis ke hutang - hutang puasa korang yang tak langsai - langsai lagi tuh? hehe.. konpom tak ngaku ni kan.. ! apapun korang jangan lupakan korang punya puasa tertunggak tu.. tak pasal - pasal kena tambah bunga..walaubagaimana sekali pun korang kena lah buat semua tu dengan hati yang ikhlas. apa - apa pun perlu ikhlas kalau tidak ikhlas apa yang kita buat tidak berkat dan sia - sia.
rasanya awal sangat kot nak story tentang bulan ramadhan .. TAPI seriously aku sedey ni sebab Hamster aku pregnant dapat 12 ekor.. tapi semuanya mati.. rasanya dia keguguran tu.. iskk iskk iskkk
tak nak panjang punya sedey... aku sekarang ni terfikir nak beli baju kaler apa? tahun ni aku dah berdua.. hmmm best gak la, macam sehati berdansa. warna Hijau rona neon mesti cantik kan .. ? aku balik nanti nak jumpa sama Rika nak tanya macam - macam kat dia.. sepanjang 4 hari yang akan bermula pada 16.06.2012. aku nak belajar buat cookies sama Rika.. hopefully dia free time tu.. Ipar aku semua baik - baik dan cantik - cantik belaka.. dan satu lagi yang best tentang mereka.. story apapun .. buat apapun semuanya happening.. walaupun kami berlainan agama dan bangsa.. kami masing gembira dan respect each other !
barang - barang aku pun dah set up semua.. packing barang macam travel light. ringan2 dan nipis2 ala -ala omputeh .. cehmennnn.. ,<punya la temberang> kalau jumpa husband pun tak kan nak angkut baju macam pindah rumah kan.
rasanya ni je la kot .. tak de cerita Hot nak share ni.. atau pun gossep gossepp.. bukan artis pun nak di gosseppkan.. hehehe.. lain cerita aku nak habiskan task kerja aku ini sebelum bercuti.. supaya tak la ringing ringing.. telepon aku nanti ...
Tata Titi Tutu... (masih gak sedey ni dan tak puas hati pasal tak dapat anak hamster.. T_T) .... Ni mesti selalu lompat - lompat .. dan terjun2 tu la pasal .. nakal punya Chloe.
Sayang selalu
LISA FRIGILE
Cerita Cinta
Aku ada seorang sahabat, kami bersahabat dah agak lama.. sejak kami mengenal ABC lagi.. hmm tau tak kat mana kenal ABC ni?... Pandai Pun... Kat TADIKA. ya aku kenal sahabat aku ni sejak lidah aku belum fasih menyebut huruf 'R' dan ayah dia selalu kenakan aku sebab tak pandai sebut huruf itu.. nama sahabat baik aku ni Suzaini Zakaria @ Aniq .. dia ni lurus sangat orang nya, cantik dan baik hati. Mak dia aku anggap macam mak aku juga, kami selalu main bersama - sama.. tapi itu dulu.. dan sekarang walaupun jarak yang memisahkan kami.. kami tetap selalu berhubung.. sebab kami saling ambil berat antara satu sama lain :D
Manakala satu lagi kawan baik aku yang aku kenal kat Kolej Sibertek dulu... Nama dia Luqman Hakim, kita kenal time study lagi, dia ni pula seorang yang baik, murah senyuman, bijak dan juga seorang yang beriman . nasib la time tu aku dah ada Boyprenn kalau tak.. mungkin sekarang ni dia jadi pakwe aku hohoho.. <jangan marah>.. time tu aku jadi praktikal student dan jadi PA kepada Puan Haniza Othman perangkap pegawai kanan tempat aku belajar, nak di jadikan cerita time aku dah habis belajar tu.. kitaorang masih keep in touch tapi just pakai internet sahaja.. sama juga macam Shah dan Fiffy.. yelah.. masing2 pun sibuk berkerja macam aku juga
sampai lah satu hari ....
Luqman atau aku panggil dia Abang Ngah sering mengadu patah hati dan meminta aku untuk carikan dia aweks < aku tak kisah nak kenen2 kan kawan nih ... sukee sangat dah macam hobi la pulak> dan secara kebetulan, Aniq pun masih mencari - cari MR. RIGHT untuk dirinya.. dan waktu itu... aku teruslah kenal kan mereka antara satu sama lain.. kadang - kadang aku takut juga kalau - kalau aku kenalkan aniq dengan orang yang salah.. yelah.. aniq tu kawan aku.. begitu juga dengan Abang Ngah.
dan mulai dari itu aku pun Jadilah orang tengah... dan tak sangka.. akhirnya mereka sama2 jatuh cinta.. wahhhh.. berhasil juga. syukur la.. mereka memang menyukai antara satu sama lain .. cuma apa yang aku dapat doakan semoga hubungan mereka berpanjangan hinggalah ke jinjang perkhawinan.. amin ya robbal ala min ^_^....
berikut kat bawah ni .. gambar Luqman dan Aniq yang aku dah gabung2 kan... XD.. hehehe.. ada lah tu orang tengok sambil senyum - senyum .. nampak gigi hahahhaha ...
sampai sini saja untuk kali ini.. sayang kamu berdua...
with LOVE yang semestinya LOVE
LISA FRIGILE ... Peace "Y"
Memories with Scuba Junkie's
Asallamualaikum.. Kengkawan.... Hari ini aku ada buat satu video lama kenangan bersama Scuba Junkie dulu... Video ni sekitar tahun 2010, bila aku lihat.. dah banyak juga berubah dalam hidup aku termasuk la diri aku (adeii macam transformer pla kan) tapi percaya la aku ndak da tu botox atau suntikan collogen atau sekutu dengannya.. sebab aku rasa tak best untuk aku =.=" . huhuhu... macam biasalah , kalau nak tengok Video ni kena la abiskan lagu latar.. so sorry sebab format untuk lagu latar dah tak boleh nak PAUSE.. Time ni aku buat DSD.. tetapi di sebabkan tak da underwater camera. so ambil jak gambar yang kat darat la .. jalan - jalan dan menyerbu dan menceroboh jugak la.. hahaha.. (gurau jew)
Tak banyak gak nak story kali ini... ^_^ anyway enjoy the Video.. penat tau tunggu Upload :P
Sayang Awak - awak SEMUA
Lisa Frigile
Subscribe to:
Comments (Atom)





